CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, October 23, 2007

MaSaLAh KEmiskinan

Kebiasaannya masalah kemiskinan dikaitkan dengan ekonomi yang rendah. Ekonomi dikebanyaakan negara membangun bergantung kepada sektor pertanian. Pada tahun 1970, kira-kira 80% penduduk di Laos dan Kampuchea terlibat dalam pertanian, Malaysia 60%, Filipina 54% dan Indonesia 70%. Dengan ini negara membangun masih bergantung kepada sektor pertanian. Mengikut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kira-kira 85% kemiskinan mutlak berlaku diluar bandar. Contohnya di Malaysia pendapatan bulanan petani berada dibawah garis kemiskinan dan Indonesia jumlahnya kira-kira 74%. Hal ini berlaku disebabkan pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan pemecahan tanah pertanian terutamanya disebabkan tradisi pembahagian harta pesaka. Pendapatan yang rendah dalam sektor pertanian juga menyebabkan pengangguran berlaku dengan meluas. apabila mereka tiada pekerjaan maka kemiskinan akan berlaku. Mereka mula berhutang untuk perbelanjaan harian. Apabila hutang tidak dapat dibayar maka tanah mereka tergadai. Oleh itu, kemiskinan akan terus menghantui mereka. Makanan seimbang untuk kesihatan tidak dapat dipenuhi oleh mereka yang berpendapatan rendah dan mereka mudah mendapat wabak penyakit seperti kebuluran di pakistan, kurang zat makanan, taun dan lain-lain. Dengan ini ia akan meningkatkan kadar kematian penduduk dan mengubah piramid penduduk. Justeru itu, kemiskinan mambawa kepada kesan keatas demografi penduduk.

Thursday, October 11, 2007

PERPINDAHAN PENDUDUK

pErpindahan penduduk boleh dibahagikan kepada pErpindahan anatarabangsa, pErpindahan antara tempat dalam negara, pErpindahan musiman dan pErpindahan sementara. Proses perpindahan boleh meninggalkan kesan dari segi ruang fizikal dan sosial sesebuah negara. Perpindahan antarbangsa mewujudkan masyarakat bebrbilang kaum, manakala perpindahan dalam negeri boleh menimbulkan masalah taburan penduduk yang tidak seimbang khususnya antara bandar dan luar bandar.
Sumber: Katiman Rostam.2002. Prinsip asas persekitaran manusia. Bangi: UKM

TAHUKAH ANDA

Lebihan penduduk sama ada di luar bandar atau bandar boleh menimbulkan berbagai masalah. Antaranya:

1. Kemiskinan yang disebabkan kekurangan tanah, keluaran yang rendah, pengangguran, modal yang rendah dan masalah cengkaman"putaran ganas kemiskinan'.
2. kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian tinggi disebabkan kurangnya kemudahan kesihatan. Lantaran itu penduduk tidak mempunyai pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan.
3. Buta huruf yang tinggi dan sukar menerima pemodenan.
4. Penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar menyebabkan masalah penduduk desa(kemiskinan) dialami pihak berkuasa bandar.

Akibat (negatif) penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar:

A) Pengangguran akibat ketiadaan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan
B) Kemiskinan akibat ketiadaan pekerjaan.
C) masalah ketiadaan rumah maka berlaku setinggan.
D)Masalah menyediakan kemudahan seperti pelajaran, rawatan kesihatan dan kemudahan sosial lain.

Tuesday, October 9, 2007

PETUNJUK ARAS KESUBURAN DI NEGARA-NEGARA MEMBANGUN

Negara, Purata umur wanita pada perkahwinan pertama, peratus isteri yang tidak bersekolah dan purata bilangan anak yang pernah dilahirkan.

Columbia 19.1, 21.0 , 4.3

Republik 17.3, 7.1., 4.1
Dominika

Fiji 17.6 , 19.3 , 3.8

Malaysia 17.6, 35.5 , 4.2

Nepal 15.0, 95.4, 3.3

Pakistan 16.8, 89.3, 4.3

Kerea Selatan 19.4, 20.9 , 3.6

Thailand 18.7, 18.0 , 3.9


SUMBER: uNITED nATION (1980)


Salah satu faktor yang mengalakkan pertumbuhan penduduk ialah aras kesuburan penduduk wanita. Kaum wanita di Nepal dan Pakistan berkahwin buat kali pertama pada umur yang muda berbanding di negara maju biasanya dikaitkan dengan bilangan anak yang ramai bleh dilahirkan.

Bilangan anak yang dilahirkan oleh waniat yang b erkahwin muda di Pakistan adalah tinggi iaitu purata 6 orang. Di negara maju purata bilangan anak bagi tempoh perkahwinan yang sama adalah jauh lebih rendah iaitu 2.5%. Ramai isteri yang tidak bersekolah seperti di Nepal iaitu 95.4% terutama yang telah berkahwin lebih daripada 20 tahun dan kebanyakkan tinggal di luar bandar lambat menerima idea berkaitan amalan merancang keluarga. Faktor budaya dan agama juga menghalang mereka menerima amalan tersebut.

Friday, October 5, 2007

tahukah anda apa itu banjir?

Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas..Banjir daripada laut boleh menyebabkan limpahan banjir di kawasan sekitar dan akan menyebabkan benteng semula jadi ini musnah. Banjir daripada laut boleh disebabkan oleh ribut taufan, air pasang tinggi, tsunami atau gabungan unsur-unsur berkenaan. Oleh kerana kebanyakan komuniti masyarakat terletak berdekatan dengan pesisir pantai, masalah ini menjadi masalah utama mereka bila berlaku hujan lebat.contohnya di kawasan pantai timur semenanjung.Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan khususnya kawasan rendah dan lembah.

lampiran gambar banjir di kota tinggi


banjir besar yang berlaku di kota tinggi disember 2006..

Thursday, September 13, 2007

KONSEP-KONSEP ASAS PERTUMBUHAN PENDUDUK

a) Kadar kelahiran
- kadar kelahiran dinyatakan sebagai jumlah kelahiran bayi bagi setiap 1000 penduduk pada suatu tahun. Ia dikira dengan membahagikan jumlah kelahiran dengan bilangan penduduk negara yang terlibat.

b) Kadar kematian
- merupakan jumlah kematian bagi setiap 1000 penduduk pada sesuatu tahun. Ia dikira dengan membahagikan jumlah kematian dengan bilangan penduduk negara tersebut.

c) Kadar kesuburan
- umumnya terbahagi kepada 2 iaitu kadar kesuburan penduduk pada umur tertentu dan kadar kesuburan penduduk bagi tempoh tertentu.
- kadar kesuburan penduduk mengikut umur tertentu dinyatakan sebagai bilangan yang berlaku pada tahun tertentu bagi setiap 1000 penduduk wanita dalam umur tertentu yang mana bersilang lima tahun ( cth:15-19 tahun).
-kadar kesuburan penduduk bagi tempoh tertentu pula ialah bilangan anak yang dilahirkan hidup oleh seseorang wanita yang dijangkakan hidup sehingga umur tidak boleh melahirkan anak

d) Kadar hijrah masuk
- iaitu menerima masuk penduduk dari luar. Perpindahan tersebut mempengaruhi pertambahan penduduk tidak termasuk penduduk di kawasan asal.

sumber: Katiman Rostam-Prinsip Asas Persekitaran. UKM:Bangi