CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, October 29, 2007

MODEL POET ( PENDEKATAN MODEL KAJIAN DI KOTA TINGGI)

Tindakan manusia terhadap alam sekitar mempengaruhi kejadian banjir yang berlaku. Tindakan manusia membuang sampah ke dalam sungai menyebabkan sungai tersumbat dan apabila hujan air melimpah ke kawasan pedalaman sepertimana di Kg. Kelantan, Kota Tinggi Johor. Mereka yang suka membuang sampah ke dalam memberi kesan keatas situasi tersebut dan kesannya kepada penduduk itu sendiri. Perubahan teknologi dengan pembinaan bangunan konkrit di kawasan berdekatan membawa kepada perubahan alam sekitar. Pokok-pokok di tebang untuk tujuan pembinaan tersebut. Apabila hujan turun kawasan berkenaan akan mengalami banjir kerana selama ini pokok-pokok tersebut yang menyerap air dari mengalir ke kawasan pedalaman. Hujan yang berterusan akan menyebabkan berlaku banjir besar yang menjejaskan kehidupan sosial penduduk. Contohnya ia memberi kesan keatas pendidikan anak-anak. Anak-anak tidak dapat belajar dengan selesa sekaligus menjejaskan prestasi mereka. Tindakan manusia ke atas alam sekitar tersebut memberi kesan kepada demografi penduduk dari segi pendidikan dan perubahan ekologi alam sekitar itu sendiri. Pihak institusi perancang memainkan peranan penting dengan merancang strategi pembangunan yang lebih teratur bagi mencegah banjir berulang kembali. Fenomena alam mungkin tidak dapat dielakkan oleh manusia tetapi manusia boleh mencegah dengan tindakan tertentu. Contohnya kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar, perancang petempatan yang lebih konsisten dan lain-lain.

Sunday, October 28, 2007

PERBINCANGAN TUTORIAL

  1. Bincangakan sejauhmana pembolehubah-pembolehubah ekonomi telah mempengaruhi pembolehubah demografi?

Contoh jawapan: Teknologi dari segi perubatan di negara maju seperti Amerika Syarikat telah meningkatkan jangka hayat penduduk negara. Pengambilan vitamin dan garam mineral untuk kesihatan membantu memanjangkan jangka hayat penduduk di samping pengambilan makanan seimbang. Kesedaran penduduk mengenai penjagaan kesihatan semakin meningkat. Mereka mengamalkan carahidup yang sihat. Apabila keadaan tersebut berlaku kadar kematian mengikut umur menurun dari setahun ke setahun. kadar kematian kank-kanak semasa lahir juga semakin berkurangan berikutan penjagaan ibu semasa mengandung dan melahirkan anak dititikberatkan. Contohnya pengambilan vitamin semasa mengandung, penemuan alat imunisasi, ubat-ubatan dan lain-lain. berikutan kematian mengikut umur berkurangan menyebabkan saiz penduduk bertambah. Pertambahan penduduk menyebabkan piramid penduduk turut berubah.

2. Sejauhmanakah migran mampu menambahkan kualiti hidup selepas berhijrah. Bincangkan.

Rangka jawapan:

  1. migran bekerja-gaji digunakan untuk menyara keluarga di Indonesia- buka perniagaan- dapat lepaskan hutang dan kepompong kemiskinan- taraf hidup mula berubah-kehidupan lebih selesa.
  2. pekerja migran sanggup bekerja lebih masa-contoh buruh binaan-keadaan kerja yang terpaksa manangung risiko-masa dengan keluarga dan saudara mara di tempat asal terpaksa dikorbankan-hubungan sosial antara keluarga kurang.
  3. pekerja yanag datang ada yang tidak dapat kerja-kes jenayah berlaku-keseimbangan sosial penduduk tempatan terjejas.

Tuesday, October 23, 2007

LAMPIRAN -BANTUAN YANG DITERIMA SELEPAS BANJIR











BANTUAN MAKANAN, BARANGAN DAPUR DAN PAKAIAN SELEPAS BANJIR DI SEGAMAT, JOHOR.










PERPINDAHAN PENDUDUK

pERPINDAHAN dALAM NegarA
Perpindahan dalam negara melibatkan pergerakan penduduk dari kawasan mundur ke kawasan maju. Ia melibatkan penduduk luar bandar berhijrah ke bandar. Contohnya penduduk Kelantan berhijrah ke Kuala Lumpur, Pahang ke Johor Bharu dan lain-lain.
Antara FakTor yang MeNYEBABKAN PENDUDUK cENDERUNG berhijrah ialah:
  • mengikut keluarga
  • mencari pekerjaan
  • melanjutkan pelajaran
  • keadaan mundur di tempat asal
  • pertanian pindah
  • menyertai pembangunan pertanian

MaSaLAh KEmiskinan

Kebiasaannya masalah kemiskinan dikaitkan dengan ekonomi yang rendah. Ekonomi dikebanyaakan negara membangun bergantung kepada sektor pertanian. Pada tahun 1970, kira-kira 80% penduduk di Laos dan Kampuchea terlibat dalam pertanian, Malaysia 60%, Filipina 54% dan Indonesia 70%. Dengan ini negara membangun masih bergantung kepada sektor pertanian. Mengikut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kira-kira 85% kemiskinan mutlak berlaku diluar bandar. Contohnya di Malaysia pendapatan bulanan petani berada dibawah garis kemiskinan dan Indonesia jumlahnya kira-kira 74%. Hal ini berlaku disebabkan pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan pemecahan tanah pertanian terutamanya disebabkan tradisi pembahagian harta pesaka. Pendapatan yang rendah dalam sektor pertanian juga menyebabkan pengangguran berlaku dengan meluas. apabila mereka tiada pekerjaan maka kemiskinan akan berlaku. Mereka mula berhutang untuk perbelanjaan harian. Apabila hutang tidak dapat dibayar maka tanah mereka tergadai. Oleh itu, kemiskinan akan terus menghantui mereka. Makanan seimbang untuk kesihatan tidak dapat dipenuhi oleh mereka yang berpendapatan rendah dan mereka mudah mendapat wabak penyakit seperti kebuluran di pakistan, kurang zat makanan, taun dan lain-lain. Dengan ini ia akan meningkatkan kadar kematian penduduk dan mengubah piramid penduduk. Justeru itu, kemiskinan mambawa kepada kesan keatas demografi penduduk.

Thursday, October 11, 2007

PERPINDAHAN PENDUDUK

pErpindahan penduduk boleh dibahagikan kepada pErpindahan anatarabangsa, pErpindahan antara tempat dalam negara, pErpindahan musiman dan pErpindahan sementara. Proses perpindahan boleh meninggalkan kesan dari segi ruang fizikal dan sosial sesebuah negara. Perpindahan antarbangsa mewujudkan masyarakat bebrbilang kaum, manakala perpindahan dalam negeri boleh menimbulkan masalah taburan penduduk yang tidak seimbang khususnya antara bandar dan luar bandar.
Sumber: Katiman Rostam.2002. Prinsip asas persekitaran manusia. Bangi: UKM

TAHUKAH ANDA

Lebihan penduduk sama ada di luar bandar atau bandar boleh menimbulkan berbagai masalah. Antaranya:

1. Kemiskinan yang disebabkan kekurangan tanah, keluaran yang rendah, pengangguran, modal yang rendah dan masalah cengkaman"putaran ganas kemiskinan'.
2. kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian tinggi disebabkan kurangnya kemudahan kesihatan. Lantaran itu penduduk tidak mempunyai pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan.
3. Buta huruf yang tinggi dan sukar menerima pemodenan.
4. Penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar menyebabkan masalah penduduk desa(kemiskinan) dialami pihak berkuasa bandar.

Akibat (negatif) penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar:

A) Pengangguran akibat ketiadaan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan
B) Kemiskinan akibat ketiadaan pekerjaan.
C) masalah ketiadaan rumah maka berlaku setinggan.
D)Masalah menyediakan kemudahan seperti pelajaran, rawatan kesihatan dan kemudahan sosial lain.

Tuesday, October 9, 2007

PETUNJUK ARAS KESUBURAN DI NEGARA-NEGARA MEMBANGUN

Negara, Purata umur wanita pada perkahwinan pertama, peratus isteri yang tidak bersekolah dan purata bilangan anak yang pernah dilahirkan.

Columbia 19.1, 21.0 , 4.3

Republik 17.3, 7.1., 4.1
Dominika

Fiji 17.6 , 19.3 , 3.8

Malaysia 17.6, 35.5 , 4.2

Nepal 15.0, 95.4, 3.3

Pakistan 16.8, 89.3, 4.3

Kerea Selatan 19.4, 20.9 , 3.6

Thailand 18.7, 18.0 , 3.9


SUMBER: uNITED nATION (1980)


Salah satu faktor yang mengalakkan pertumbuhan penduduk ialah aras kesuburan penduduk wanita. Kaum wanita di Nepal dan Pakistan berkahwin buat kali pertama pada umur yang muda berbanding di negara maju biasanya dikaitkan dengan bilangan anak yang ramai bleh dilahirkan.

Bilangan anak yang dilahirkan oleh waniat yang b erkahwin muda di Pakistan adalah tinggi iaitu purata 6 orang. Di negara maju purata bilangan anak bagi tempoh perkahwinan yang sama adalah jauh lebih rendah iaitu 2.5%. Ramai isteri yang tidak bersekolah seperti di Nepal iaitu 95.4% terutama yang telah berkahwin lebih daripada 20 tahun dan kebanyakkan tinggal di luar bandar lambat menerima idea berkaitan amalan merancang keluarga. Faktor budaya dan agama juga menghalang mereka menerima amalan tersebut.

Friday, October 5, 2007

tahukah anda apa itu banjir?

Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas..Banjir daripada laut boleh menyebabkan limpahan banjir di kawasan sekitar dan akan menyebabkan benteng semula jadi ini musnah. Banjir daripada laut boleh disebabkan oleh ribut taufan, air pasang tinggi, tsunami atau gabungan unsur-unsur berkenaan. Oleh kerana kebanyakan komuniti masyarakat terletak berdekatan dengan pesisir pantai, masalah ini menjadi masalah utama mereka bila berlaku hujan lebat.contohnya di kawasan pantai timur semenanjung.Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan khususnya kawasan rendah dan lembah.

lampiran gambar banjir di kota tinggi


banjir besar yang berlaku di kota tinggi disember 2006..

Thursday, September 13, 2007

KONSEP-KONSEP ASAS PERTUMBUHAN PENDUDUK

a) Kadar kelahiran
- kadar kelahiran dinyatakan sebagai jumlah kelahiran bayi bagi setiap 1000 penduduk pada suatu tahun. Ia dikira dengan membahagikan jumlah kelahiran dengan bilangan penduduk negara yang terlibat.

b) Kadar kematian
- merupakan jumlah kematian bagi setiap 1000 penduduk pada sesuatu tahun. Ia dikira dengan membahagikan jumlah kematian dengan bilangan penduduk negara tersebut.

c) Kadar kesuburan
- umumnya terbahagi kepada 2 iaitu kadar kesuburan penduduk pada umur tertentu dan kadar kesuburan penduduk bagi tempoh tertentu.
- kadar kesuburan penduduk mengikut umur tertentu dinyatakan sebagai bilangan yang berlaku pada tahun tertentu bagi setiap 1000 penduduk wanita dalam umur tertentu yang mana bersilang lima tahun ( cth:15-19 tahun).
-kadar kesuburan penduduk bagi tempoh tertentu pula ialah bilangan anak yang dilahirkan hidup oleh seseorang wanita yang dijangkakan hidup sehingga umur tidak boleh melahirkan anak

d) Kadar hijrah masuk
- iaitu menerima masuk penduduk dari luar. Perpindahan tersebut mempengaruhi pertambahan penduduk tidak termasuk penduduk di kawasan asal.

sumber: Katiman Rostam-Prinsip Asas Persekitaran. UKM:Bangi

Thursday, August 16, 2007

Pertumbuhan penduduk


  • Pandangan Robert Malthus (1798), pertambahan penduduk dunia di sesetengah kawasan di dunia adalah lebih pesat berbanding keupayaan negara kawasan tersebut menyediakan makanan. Ia menyokong pandangan Malthus yang menyatakan penduduk dunia akan bertambah secara berganda iaitu mengikut kadar aritmetik.

  • Malthus juga berpendapat selain peperangan dan ancaman wabak penyakit, masalah kekurangan bahan makanan boleh menjadi penghalang kepada proses pertumbuhan penduduk terutama di negara membangun
  • Durkheim dan Boserup menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa makanan bertambah perlahan. Mereka berpendapat pertambahan penduduk tidak semestinya diikuti dengan masalah kebuluran ( kekurangan makanan) sebaliknya ia mengalakkan perubahan teknik pengeluaran khususnya dalam sektor pertanian.
  • Kadar pertambahan penduduk negara di Asia Tenggara 2.3% setahun adalah antara yang tertinggi di dunia. Contohnya Brunei yang baru mencapai kemerdekaan mempunyai kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi di Asia Tenggara dengan kadar 3.4% setahun. Negara paling sedikit di asia Tenggara pula ialah Singapura (1.6%) setahun.

sumber: Katiman Rostam-Prinsip asas persekitaran manusia

Wednesday, August 1, 2007

Penduduk china

  • Banci negara 1953 menunjukkan jumlah orang China lebih kurang 583 juta. Jumlah ini melibatkan pembangunan ekonomi dan pembahagian bahan-bahan makanan apabila keadaan mendesak negara China melancarkan perancangan keluarga.
  • Selama 2 tahun dijalankan kempen melalui semua alat penyebaran.
  • Berikutan dengan kegagalan pertanian 1960-1862, pertambahan penduduk sekali lagi menjadi masalah utama dan kempen-kempen perancangan keluarga diteruskan, kaedah alat dalam rahim paling popular di negara china pada tahun 1964 dan pada tahun 1965 pil-pil pecegah kehamilan di sebarkan di seluruh negara.

SUMBER: Hj. Hassan Ahmad. 1979. Pembangunan dan masalah ekonomi:kumpulan rencana pilihan Dewan Masyarakat.

Thursday, July 26, 2007

Peta dunia


Foto kepadatan petempatan penduduk











Kesesakan tempat tinggal memberi kesan keatas kualiti hidup penduduk.

Penduduk

  • 3/4 muka bumi ini diliputi oleh air. Penduduk dunia yang berjumlah lebih 4400 juta bertumpu dikawasan dataran yang luasnya hanya 136 juta kilometer persegi.
  • Benua Asia dan Eropah menampung 2/3 daripada keluasan tanah daratan dunia.
  • Kawasan paling padat penduduk dunia ialah di Asia Timur meliputi china, Jepun Korea, Filipina dan Vietnam. Kawasan padat juga terdapat di Asia Selatan iaitu di India 950 juta, Pakistan 140 juta, Bangladesh 130 juta dan beberapa buah negara lagi.
  • terdapat beberapa wilayah di dunia yang tidak mempunyai ramai penduduk seperti Padang Sahara, Afghanistan, Asia Tengah Khususnya Mongolia, Kawasan utara Kanada, Benua beku Antartika, Lembah Amazon di Amerika Selatan dan Australia Tengah.