CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, October 29, 2007

MODEL POET ( PENDEKATAN MODEL KAJIAN DI KOTA TINGGI)

Tindakan manusia terhadap alam sekitar mempengaruhi kejadian banjir yang berlaku. Tindakan manusia membuang sampah ke dalam sungai menyebabkan sungai tersumbat dan apabila hujan air melimpah ke kawasan pedalaman sepertimana di Kg. Kelantan, Kota Tinggi Johor. Mereka yang suka membuang sampah ke dalam memberi kesan keatas situasi tersebut dan kesannya kepada penduduk itu sendiri. Perubahan teknologi dengan pembinaan bangunan konkrit di kawasan berdekatan membawa kepada perubahan alam sekitar. Pokok-pokok di tebang untuk tujuan pembinaan tersebut. Apabila hujan turun kawasan berkenaan akan mengalami banjir kerana selama ini pokok-pokok tersebut yang menyerap air dari mengalir ke kawasan pedalaman. Hujan yang berterusan akan menyebabkan berlaku banjir besar yang menjejaskan kehidupan sosial penduduk. Contohnya ia memberi kesan keatas pendidikan anak-anak. Anak-anak tidak dapat belajar dengan selesa sekaligus menjejaskan prestasi mereka. Tindakan manusia ke atas alam sekitar tersebut memberi kesan kepada demografi penduduk dari segi pendidikan dan perubahan ekologi alam sekitar itu sendiri. Pihak institusi perancang memainkan peranan penting dengan merancang strategi pembangunan yang lebih teratur bagi mencegah banjir berulang kembali. Fenomena alam mungkin tidak dapat dielakkan oleh manusia tetapi manusia boleh mencegah dengan tindakan tertentu. Contohnya kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar, perancang petempatan yang lebih konsisten dan lain-lain.

No comments: