CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, October 11, 2007

PERPINDAHAN PENDUDUK

pErpindahan penduduk boleh dibahagikan kepada pErpindahan anatarabangsa, pErpindahan antara tempat dalam negara, pErpindahan musiman dan pErpindahan sementara. Proses perpindahan boleh meninggalkan kesan dari segi ruang fizikal dan sosial sesebuah negara. Perpindahan antarbangsa mewujudkan masyarakat bebrbilang kaum, manakala perpindahan dalam negeri boleh menimbulkan masalah taburan penduduk yang tidak seimbang khususnya antara bandar dan luar bandar.
Sumber: Katiman Rostam.2002. Prinsip asas persekitaran manusia. Bangi: UKM

TAHUKAH ANDA

Lebihan penduduk sama ada di luar bandar atau bandar boleh menimbulkan berbagai masalah. Antaranya:

1. Kemiskinan yang disebabkan kekurangan tanah, keluaran yang rendah, pengangguran, modal yang rendah dan masalah cengkaman"putaran ganas kemiskinan'.
2. kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian tinggi disebabkan kurangnya kemudahan kesihatan. Lantaran itu penduduk tidak mempunyai pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan.
3. Buta huruf yang tinggi dan sukar menerima pemodenan.
4. Penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar menyebabkan masalah penduduk desa(kemiskinan) dialami pihak berkuasa bandar.

Akibat (negatif) penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar:

A) Pengangguran akibat ketiadaan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan
B) Kemiskinan akibat ketiadaan pekerjaan.
C) masalah ketiadaan rumah maka berlaku setinggan.
D)Masalah menyediakan kemudahan seperti pelajaran, rawatan kesihatan dan kemudahan sosial lain.

Tuesday, October 9, 2007

PETUNJUK ARAS KESUBURAN DI NEGARA-NEGARA MEMBANGUN

Negara, Purata umur wanita pada perkahwinan pertama, peratus isteri yang tidak bersekolah dan purata bilangan anak yang pernah dilahirkan.

Columbia 19.1, 21.0 , 4.3

Republik 17.3, 7.1., 4.1
Dominika

Fiji 17.6 , 19.3 , 3.8

Malaysia 17.6, 35.5 , 4.2

Nepal 15.0, 95.4, 3.3

Pakistan 16.8, 89.3, 4.3

Kerea Selatan 19.4, 20.9 , 3.6

Thailand 18.7, 18.0 , 3.9


SUMBER: uNITED nATION (1980)


Salah satu faktor yang mengalakkan pertumbuhan penduduk ialah aras kesuburan penduduk wanita. Kaum wanita di Nepal dan Pakistan berkahwin buat kali pertama pada umur yang muda berbanding di negara maju biasanya dikaitkan dengan bilangan anak yang ramai bleh dilahirkan.

Bilangan anak yang dilahirkan oleh waniat yang b erkahwin muda di Pakistan adalah tinggi iaitu purata 6 orang. Di negara maju purata bilangan anak bagi tempoh perkahwinan yang sama adalah jauh lebih rendah iaitu 2.5%. Ramai isteri yang tidak bersekolah seperti di Nepal iaitu 95.4% terutama yang telah berkahwin lebih daripada 20 tahun dan kebanyakkan tinggal di luar bandar lambat menerima idea berkaitan amalan merancang keluarga. Faktor budaya dan agama juga menghalang mereka menerima amalan tersebut.