CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, September 13, 2007

KONSEP-KONSEP ASAS PERTUMBUHAN PENDUDUK

a) Kadar kelahiran
- kadar kelahiran dinyatakan sebagai jumlah kelahiran bayi bagi setiap 1000 penduduk pada suatu tahun. Ia dikira dengan membahagikan jumlah kelahiran dengan bilangan penduduk negara yang terlibat.

b) Kadar kematian
- merupakan jumlah kematian bagi setiap 1000 penduduk pada sesuatu tahun. Ia dikira dengan membahagikan jumlah kematian dengan bilangan penduduk negara tersebut.

c) Kadar kesuburan
- umumnya terbahagi kepada 2 iaitu kadar kesuburan penduduk pada umur tertentu dan kadar kesuburan penduduk bagi tempoh tertentu.
- kadar kesuburan penduduk mengikut umur tertentu dinyatakan sebagai bilangan yang berlaku pada tahun tertentu bagi setiap 1000 penduduk wanita dalam umur tertentu yang mana bersilang lima tahun ( cth:15-19 tahun).
-kadar kesuburan penduduk bagi tempoh tertentu pula ialah bilangan anak yang dilahirkan hidup oleh seseorang wanita yang dijangkakan hidup sehingga umur tidak boleh melahirkan anak

d) Kadar hijrah masuk
- iaitu menerima masuk penduduk dari luar. Perpindahan tersebut mempengaruhi pertambahan penduduk tidak termasuk penduduk di kawasan asal.

sumber: Katiman Rostam-Prinsip Asas Persekitaran. UKM:Bangi

No comments: