CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, October 28, 2007

PERBINCANGAN TUTORIAL

  1. Bincangakan sejauhmana pembolehubah-pembolehubah ekonomi telah mempengaruhi pembolehubah demografi?

Contoh jawapan: Teknologi dari segi perubatan di negara maju seperti Amerika Syarikat telah meningkatkan jangka hayat penduduk negara. Pengambilan vitamin dan garam mineral untuk kesihatan membantu memanjangkan jangka hayat penduduk di samping pengambilan makanan seimbang. Kesedaran penduduk mengenai penjagaan kesihatan semakin meningkat. Mereka mengamalkan carahidup yang sihat. Apabila keadaan tersebut berlaku kadar kematian mengikut umur menurun dari setahun ke setahun. kadar kematian kank-kanak semasa lahir juga semakin berkurangan berikutan penjagaan ibu semasa mengandung dan melahirkan anak dititikberatkan. Contohnya pengambilan vitamin semasa mengandung, penemuan alat imunisasi, ubat-ubatan dan lain-lain. berikutan kematian mengikut umur berkurangan menyebabkan saiz penduduk bertambah. Pertambahan penduduk menyebabkan piramid penduduk turut berubah.

2. Sejauhmanakah migran mampu menambahkan kualiti hidup selepas berhijrah. Bincangkan.

Rangka jawapan:

  1. migran bekerja-gaji digunakan untuk menyara keluarga di Indonesia- buka perniagaan- dapat lepaskan hutang dan kepompong kemiskinan- taraf hidup mula berubah-kehidupan lebih selesa.
  2. pekerja migran sanggup bekerja lebih masa-contoh buruh binaan-keadaan kerja yang terpaksa manangung risiko-masa dengan keluarga dan saudara mara di tempat asal terpaksa dikorbankan-hubungan sosial antara keluarga kurang.
  3. pekerja yanag datang ada yang tidak dapat kerja-kes jenayah berlaku-keseimbangan sosial penduduk tempatan terjejas.

No comments: