CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, October 23, 2007

LAMPIRAN -BANTUAN YANG DITERIMA SELEPAS BANJIR











BANTUAN MAKANAN, BARANGAN DAPUR DAN PAKAIAN SELEPAS BANJIR DI SEGAMAT, JOHOR.










PERPINDAHAN PENDUDUK

pERPINDAHAN dALAM NegarA
Perpindahan dalam negara melibatkan pergerakan penduduk dari kawasan mundur ke kawasan maju. Ia melibatkan penduduk luar bandar berhijrah ke bandar. Contohnya penduduk Kelantan berhijrah ke Kuala Lumpur, Pahang ke Johor Bharu dan lain-lain.
Antara FakTor yang MeNYEBABKAN PENDUDUK cENDERUNG berhijrah ialah:
  • mengikut keluarga
  • mencari pekerjaan
  • melanjutkan pelajaran
  • keadaan mundur di tempat asal
  • pertanian pindah
  • menyertai pembangunan pertanian

MaSaLAh KEmiskinan

Kebiasaannya masalah kemiskinan dikaitkan dengan ekonomi yang rendah. Ekonomi dikebanyaakan negara membangun bergantung kepada sektor pertanian. Pada tahun 1970, kira-kira 80% penduduk di Laos dan Kampuchea terlibat dalam pertanian, Malaysia 60%, Filipina 54% dan Indonesia 70%. Dengan ini negara membangun masih bergantung kepada sektor pertanian. Mengikut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kira-kira 85% kemiskinan mutlak berlaku diluar bandar. Contohnya di Malaysia pendapatan bulanan petani berada dibawah garis kemiskinan dan Indonesia jumlahnya kira-kira 74%. Hal ini berlaku disebabkan pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan pemecahan tanah pertanian terutamanya disebabkan tradisi pembahagian harta pesaka. Pendapatan yang rendah dalam sektor pertanian juga menyebabkan pengangguran berlaku dengan meluas. apabila mereka tiada pekerjaan maka kemiskinan akan berlaku. Mereka mula berhutang untuk perbelanjaan harian. Apabila hutang tidak dapat dibayar maka tanah mereka tergadai. Oleh itu, kemiskinan akan terus menghantui mereka. Makanan seimbang untuk kesihatan tidak dapat dipenuhi oleh mereka yang berpendapatan rendah dan mereka mudah mendapat wabak penyakit seperti kebuluran di pakistan, kurang zat makanan, taun dan lain-lain. Dengan ini ia akan meningkatkan kadar kematian penduduk dan mengubah piramid penduduk. Justeru itu, kemiskinan mambawa kepada kesan keatas demografi penduduk.