CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 16, 2007

Pertumbuhan penduduk


  • Pandangan Robert Malthus (1798), pertambahan penduduk dunia di sesetengah kawasan di dunia adalah lebih pesat berbanding keupayaan negara kawasan tersebut menyediakan makanan. Ia menyokong pandangan Malthus yang menyatakan penduduk dunia akan bertambah secara berganda iaitu mengikut kadar aritmetik.

  • Malthus juga berpendapat selain peperangan dan ancaman wabak penyakit, masalah kekurangan bahan makanan boleh menjadi penghalang kepada proses pertumbuhan penduduk terutama di negara membangun
  • Durkheim dan Boserup menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa makanan bertambah perlahan. Mereka berpendapat pertambahan penduduk tidak semestinya diikuti dengan masalah kebuluran ( kekurangan makanan) sebaliknya ia mengalakkan perubahan teknik pengeluaran khususnya dalam sektor pertanian.
  • Kadar pertambahan penduduk negara di Asia Tenggara 2.3% setahun adalah antara yang tertinggi di dunia. Contohnya Brunei yang baru mencapai kemerdekaan mempunyai kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi di Asia Tenggara dengan kadar 3.4% setahun. Negara paling sedikit di asia Tenggara pula ialah Singapura (1.6%) setahun.

sumber: Katiman Rostam-Prinsip asas persekitaran manusia