Friday, October 5, 2007
tahukah anda apa itu banjir?
Posted by
NIK FAIZAH BINTI ABDULLAH
at
3:31 PM
0
comments
Thursday, September 13, 2007
KONSEP-KONSEP ASAS PERTUMBUHAN PENDUDUK
a) Kadar kelahiran
- kadar kelahiran dinyatakan sebagai jumlah kelahiran bayi bagi setiap 1000 penduduk pada suatu tahun. Ia dikira dengan membahagikan jumlah kelahiran dengan bilangan penduduk negara yang terlibat.
b) Kadar kematian
- merupakan jumlah kematian bagi setiap 1000 penduduk pada sesuatu tahun. Ia dikira dengan membahagikan jumlah kematian dengan bilangan penduduk negara tersebut.
c) Kadar kesuburan
- umumnya terbahagi kepada 2 iaitu kadar kesuburan penduduk pada umur tertentu dan kadar kesuburan penduduk bagi tempoh tertentu.
- kadar kesuburan penduduk mengikut umur tertentu dinyatakan sebagai bilangan yang berlaku pada tahun tertentu bagi setiap 1000 penduduk wanita dalam umur tertentu yang mana bersilang lima tahun ( cth:15-19 tahun).
-kadar kesuburan penduduk bagi tempoh tertentu pula ialah bilangan anak yang dilahirkan hidup oleh seseorang wanita yang dijangkakan hidup sehingga umur tidak boleh melahirkan anak
d) Kadar hijrah masuk
- iaitu menerima masuk penduduk dari luar. Perpindahan tersebut mempengaruhi pertambahan penduduk tidak termasuk penduduk di kawasan asal.
sumber: Katiman Rostam-Prinsip Asas Persekitaran. UKM:Bangi
Posted by
NIK FAIZAH BINTI ABDULLAH
at
2:53 PM
0
comments
Thursday, August 16, 2007
Pertumbuhan penduduk
- Pandangan Robert Malthus (1798), pertambahan penduduk dunia di sesetengah kawasan di dunia adalah lebih pesat berbanding keupayaan negara kawasan tersebut menyediakan makanan. Ia menyokong pandangan Malthus yang menyatakan penduduk dunia akan bertambah secara berganda iaitu mengikut kadar aritmetik.
- Malthus juga berpendapat selain peperangan dan ancaman wabak penyakit, masalah kekurangan bahan makanan boleh menjadi penghalang kepada proses pertumbuhan penduduk terutama di negara membangun
- Durkheim dan Boserup menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa makanan bertambah perlahan. Mereka berpendapat pertambahan penduduk tidak semestinya diikuti dengan masalah kebuluran ( kekurangan makanan) sebaliknya ia mengalakkan perubahan teknik pengeluaran khususnya dalam sektor pertanian.
- Kadar pertambahan penduduk negara di Asia Tenggara 2.3% setahun adalah antara yang tertinggi di dunia. Contohnya Brunei yang baru mencapai kemerdekaan mempunyai kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi di Asia Tenggara dengan kadar 3.4% setahun. Negara paling sedikit di asia Tenggara pula ialah Singapura (1.6%) setahun.
sumber: Katiman Rostam-Prinsip asas persekitaran manusia
Posted by
NIK FAIZAH BINTI ABDULLAH
at
11:45 AM
0
comments
Wednesday, August 1, 2007
Penduduk china
- Banci negara 1953 menunjukkan jumlah orang China lebih kurang 583 juta. Jumlah ini melibatkan pembangunan ekonomi dan pembahagian bahan-bahan makanan apabila keadaan mendesak negara China melancarkan perancangan keluarga.
- Selama 2 tahun dijalankan kempen melalui semua alat penyebaran.
- Berikutan dengan kegagalan pertanian 1960-1862, pertambahan penduduk sekali lagi menjadi masalah utama dan kempen-kempen perancangan keluarga diteruskan, kaedah alat dalam rahim paling popular di negara china pada tahun 1964 dan pada tahun 1965 pil-pil pecegah kehamilan di sebarkan di seluruh negara.
SUMBER: Hj. Hassan Ahmad. 1979. Pembangunan dan masalah ekonomi:kumpulan rencana pilihan Dewan Masyarakat.
Posted by
NIK FAIZAH BINTI ABDULLAH
at
10:14 AM
0
comments





